Soalan Lazim Skim Pembiayaan Informal (SPIN)

Diterbitkan pada: 23/12/2020
Dikemaskini pada: 27/12/2020

Apakah Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi  Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).

Apakah objektif Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?

Untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa daftar perniagaan atau  lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.

Apakah syarat-syarat utama memohon Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.

Apakah Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 )?

  1. Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04) adalah dokumen yang mengantikan Lesen atau Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  2. Usahawan perlu menyertakan Borang Pengesahan Perniagaan (JPTT/Borang/04) ini bersama dengan borang (JPTT/Borang/02 dan JPTT/Borang/03)
  3. Borang Pengesahan Perniagaan ( JPTT/Borang/04 ) ini perlu dicop dan disahkan oleh Pemimpin Tempatan/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Ketua PSAT.

Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan oleh Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?

Pembiayaan kali pertama dari RM1,000 sehingga RM5,000 secara berkumpulan di bawah Produk TEMAN TEKUN (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon dengan Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?

Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah.

Adakah Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) dikenakan kadar keuntungan?

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.

Berapa lama proses kelulusan Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?

Pembiayaan dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Bagaimana cara saya memohon Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )?

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran.

Bagaimana saya boleh mengetahui alamat dan nombor telefon pejabat TEKUN?

Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan 03-90588550 atau layari laman web di  www.tekun.gov.my