Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0

Diterbitkan pada: 24/06/2020
Dikemaskini pada: 30/10/2020

Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal. Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020. Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:-

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan