Diterbitkan pada: 10/04/2023
Dikemaskini pada: 10/04/2023
Sebutharga ini adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan (MOF) dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja seperti jadual di bawah:
Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN menghadiri taklimat Sebutharga seperti tarikh dan tempat berikut :
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama , Tingkat 7, Menara 2 , TEKUN Nasional, Jalan Lingkaran Tengah 2, Majulink, Bandar Tasik Selatan 57000 Kuala Lumpur
Tarikh: 18 April 2023 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Hanya PENAMA yang tercatat di dalam SSM /MOF sahaja / wakil dengan surat kuasa syarikat dibenarkan menghadiri sesi taklimat berkenaan (dibenarkan maksimum 2 orang wakil setiap syarikat).
TEKUN Nasional mempunyai hak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
[KLIK] Pautan Dokumen Sebutharga: https://cloudboxhq.tekun.gov.my/sharing/Z1LM1pamI
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut, petender boleh berhubung melalui e-mel kepada azariah@tekun.gov.my /norfarizan@tekun.gov.my
Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dikemukakan ke alamat seperti tertera di dalam jadual di atas. Sebutharga yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Petender akan dibekalkan Nombor Rujukan yang wajib ditulis di muka depan dokumen Sebutharga tuan /puan.