SOALAN LAZIM PROGRAM RAKAN STRATEGIK, PROGRAM RAKAN BIMBINGAN & PROGRAM RAKAN MIKRO TEKUN NASIONAL

Diterbitkan pada: 15/10/2021
Dikemaskini pada: 24/06/2022

Apakah Program Rakan Strategik / Bimbingan / Mikro yang dilaksanakan oleh TEKUN Nasional?

  • Program ini merupakan program usahasama TEKUN Nasional bersama syarikat anchor yang dilantik untuk membangunkan usahawan di bawah bimbingan syarikat berkenaan menggunakan konsep mentor-mente.
  • Syarikat anchor perlu menyediakan model perniagaan yang berdaya maju dan telah dijalankan di pasaran (prototype business) untuk digunapakai oleh usahawan bimbingan berkenaan.
  • Sebagai anchor, syarikat perlu membimbing usahawan yang terlibat serta membekalkan pakej perniagaan yang dipersetujui bagi memastikan perniagaan yang dijalankan beroleh kejayaan.
  • Manakala usahawan yang menyertai program ini juga perlu memberikan komitmen yang sepenuhnya serta mematuhi syarat yang telah ditetapkan untuk menjalankan perniagaan mengikut pakej perniagaan yang dipilih.

Objektif Program Rakan Strategik / Bimbingan / Mikro TEKUN Nasional

Antara objektif adalah :-

  1. Menyediakan program dalam melaksanakan fungsi teras pembangunan usahawan dan perniagaan.
  2. Mewujudkan dan menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan.
  3. Membimbing usahawan baru yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui bimbingan daripada syarikat anchor seterusnya dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan taraf hidup rakyat.
  4. Membuka peluang kepada usahawan untuk menceburi bidang-bidang perniagaan yang baru dan berpotensi.

Bagaimana untuk mendaftar dan memohon sebagai Syarikat Anchor di bawah Program Rakan Strategik / Bimbingan / Mikro TEKUN Nasional.

Pemilihan dan pelantikan syarikat anchor adalah berdasarkan kepada kedudukan kewangan syarikat yang kukuh, berpengalaman dan berkemahiran untuk membimbing dan membangunkan usahawan yang menyertai program ini. Perkara ini bagi memastikan usahawan yang terlibat berjaya dalam pakej perniagaan yang dijalankan.

Syarikat anchor juga bertanggungjawab untuk memberikan Jaminan Korporat dan Jaminan Peribadi Lembanga Pengarah Syarikat kepada TEKUN Nasional terhadap usahawan di bawah bimbingan syarikat berkenaan khususnya berhubung urusan bayaran balik pembiayaan.

Antara kriteria syarikat pemohon adalah seperti berikut :

  • Syarikat mempunyai rekod kewangan yang kukuh, berpengalaman dan berkemahiran.
  • Syarikat mampu memberi latihan dan khidmat rundingan dalam membangunkan usahawan baru serta usahawan sedia ada agar berdaya saing dan berdaya maju.
  • Syarikat dapat memastikan produk/perkhidmatan yang ingin dipasarkan mempunyai permintaan yang tinggi dan dapat membekal serta menampung permintaan.
  • Syarikat mempunyai kepentingan secara terus kepada usahawan / peserta seperti memberi khidmat nasihat dan latihan, meningkatkan jualan dan pemasaran produk.

Apakah dokumen permohonan syarikat yang diperlukan?

Borang Permohonan.

  • Program Rakan Strategik (JBD/BORANG/01)
  • Program Rakan Bimbingan (JBD/BORANG/09)
  • Program Rakan Mikro (JBD/BORANG/13)

Senarai Semak Borang Permohonan.

  • Program Rakan Strategik (JBD/BORANG/02)
  • Program Rakan Bimbingan (JBD/BORANG/10)
  • Program Rakan Mikro (JBD/BORANG/14)

Kertas Kerja dan Cadangan Model Perniagaan.

Profil Syarikat.