Diterbitkan pada: 09/06/2016
Dikemaskini pada: 09/06/2016
Pengenalan
Skim ini adalah merupakan proses untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.
Jumlah dan Tempoh Pembiayaan
- Jumlah pembiayaan RM 1,000.00 sehingga RM 100,000.00
- Tempoh pembiayaan Kontrak tidak lebih daripada 6 bulan.
Kadar Keuntungan
Usahawan diminta membayar kadar keuntungan sebanyak 1.5% sebulan daripada nilai pembiayaan.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Umur 18 – 65 tahun
- Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah.
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
- Pembiayaan sedia ada tidak boleh melebihi RM 100,000.
- Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar (.paid up capital ) tidak boleh melebihi RM 500,000.
- Mempunyai Inden Kerja / PO / LO / Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.
- Mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Perbendaharaan Malaysia ( PMS ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Badan- badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan yang sah.
- Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & GLC.
Perlindungan Takaful
Setiap penerima biaya dilindungi oleh insuran pembiayaan dan Insuran Hayat & Kemalangan (penerima biaya) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pembiayaan. Bayaran premium insuran akan dipotong melalui pembiayaan yang diluluskan.
Dokumen yang Diperlukan
- Borang Permohonan Pinjaman TEKUN yang lengkap diisi
- Borang Maklumat Asas Perniagaan yang lengkap diisi
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
- 1 Keping Gambar Pemohon
- Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah
- 1 keping gambar premis/tempat perniagaan
- Salinan buku simpanan/penyata bank (3 bulan terakhir)
- Satu salinan bil utiliti premis/rumah(bil air/elektrik/telefon)
- Sebut harga tujuan pinjaman
- Surat kebenaran rakan kongsi jika pemohon syarikat
- Inden Kerja / PO / LO / Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC
- Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB ), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan lesen-lesen yang berkaitan (Lesen ini adalah bergantung kepada keperluan kontrak dan pembekalan)
Kelebihan Skim Kontrak-i
- Tanpa penjamin
- Tempoh pembiayan yang fleksibel
- Caj pengurusan yang rendah
- Tanpa deposit
- Kaedah pembiayaan secara lumpsum