Soalan Lazim – Pengeluaran Simpanan

Diterbitkan pada: 19/01/2021

Apakah yang dimaksudkan dengan simpanan?

Simpanan adalah simpanan wajib yang perlu dibayar dan lebihan bayaran daripada ansuran bulanan pembiayaan TEKUN. Simpanan wajib ini telah dimasukkan dalam jumlah ansuran bulanan pembiayaan TEKUN.

Apakah simpanan yang boleh dikeluarkan?

Simpanan yang boleh dikeluarkan adalah simpanan bagi akaun pembiayaan yang telah selesai bayar, pembiayaan ulangan dan overlapping.

Berapa jumlah simpanan yang boleh dikeluarkan oleh usahawan yang terlibat banjir?

Jumlah yang boleh dikeluarkan oleh usahawan adalah sebanyak 50% daripada jumlah simpanan sedia ada.

Bagaimana cara untuk usahawan keluarkan simpanan?

Usahawan hendaklah menghantar borang permohonan pengeluaran simpanan (Borang Pengeluaran Simpanan Sebahagian) yang boleh didapati di semua pejabat TEKUN cawangan.  Proses seterusnya Pegawai TEKUN Cawangan perlu mencetak borang permohonan tersebut dari Sistem FMS untuk ditandatangani oleh usahawan sebagai tanda setuju.

Berapa lama proses pengeluaran simpanan?

Pengeluaran simpanan akan diproses dan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Bagaimana cara pembayaran pengeluaran simpanan ini?

Semua bayaran pengeluaran simpanan ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke dalam akaun bank usahawan masing-masing.