Soalan Lazim Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

Diterbitkan pada: 13/07/2020
Dikemaskini pada: 20/07/2020

Apakah Skim Pemulihan PerniagaanTEKUN (TBRS)?

Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) ialah skim pembiayaan Mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :

  1. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  2. Warganegara Malaysia ( Bumiputera / India )
  3. Berumur 18- 60 tahun
  4. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  5. Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  6. Bebas daripada tindakan kebankrapan
  7. Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)

Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui Skim Pembiayaan Mikro- PENJANA ( RM1,000 – RM 10,000 )

Berapa lama tempoh pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun hingga 3 tahun.

Berapakah kadar keuntungan bagi Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 3.5% setahun

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?

Dokumen  yang diperlukan adalah :

  1. Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN ( JPP/BORANG/02 )
  2. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu ( JPP/BORANG/17 )
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
  4. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
  5. Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 1 bulan terkini
  6. Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik / air / telefon / syarikat TV berbayar )

Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan?

5 hari bekerja untuk usahawan TEKUN sedia ada dan 7 hari bekerja untuk usahawan yang pertama kali memohon pembiayaan TEKUN selepas borang permohonan yang lengkap diterima.

Saya berminat untuk membuat permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS). Bagaimakah kaedah permohonan tersebut?

Usahawan boleh menghantar permohonan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon.

Maklumat pejabat cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut:
https://www.tekun.gov.my/ms/connections/

Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim Pemulihan Pembiayaan TEKUN (TBRS) sila layari www.tekun.gov.my atau ajukan pertanyaan melalui Facebook Rasmi TEKUN Nasional @tekunasional

Adakah TEKUN Nasional melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS)

Pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan permbiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS).