Soalan Lazim TEKUN Mobilepreneur 2.0

Diterbitkan pada: 24/06/2020
Dikemaskini pada: 07/07/2020

Apakah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?

Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal. Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan

Siapakah yang layak memohon pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Berapakan jumlah pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?

Nilai Pembiayaan RM1,000 – RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut:

Berapa lama tempoh pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?

Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun sehingga 3 tahun

Berapakah kadar keuntungan TEKUN Mobilepreneur?

Tiada kadar keuntungan dikenakan (0%)

Apakah dokumen permohonan yang diperlukan?

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
  • Gambar pemohon ukuran passport
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan

Bagaimana kaedah permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?

Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link :

https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

ATAU

Permohonan boleh dibuat secara online melalui: https://mobilepreneur.tekun.gov.my/

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?

Peserta boleh melayari laman web TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my

Adakah TEKUN melantik ejen / wakil untuk menguruskan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?

TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

Adakah usahawan TEKUN sedia ada layak memohon TEKUN Mobilepreneur 2.0.?

Usahawan TEKUN sediada adalah layak untuk memohon TEKUN Mobilepreneur 2.0 mengikut syarat seperti berikut:

  • Usahawan sediada yang mempunyai rekod bayaran tunggakan kurang daripada 6 bulan.
  • Usahawan yang telah membuat Penjadualan Semula (PS) & tidak mempunyai rekod tunggakan.
  • Had kelulusan pembiayaan yang dibenarkan tidak melebihi RM100,000. Penilaian berdasarkan jumlah baki pokok dan caj (kecuali pembiayaan Kontrak-i hanya mengambil kira baki pokok sahaja).
  • Peserta yang telah mendapat pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0, layak membuat permohonan TEKUN Mobilepreneur 2.0 untuk tujuan membeli motosikal dengan syarat jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 melalui pembiayaan bertindih (overlapping loan).

Usahawan yang telah mendapat pembiayaan di bawah Program Covid Business Recovery – Micro (CBRM), adalah tidak layak membuat permohonan TEKUN Mobilepreneur 2.0.